Tuesday, May 31, 2011

Windows 8 bakal mempunyai App Store, Facial Recognition dan Instant-On

windows 8 screenshots
pic di atas ialah screenshot wndows8

Neowin melaporkan bahawa satu dokumen mengenai Windows 8 telah terbocor daripada pengawasan Microsoft. Dokumen itu mengandungi mockup, idea-idea baru serta rancangan Microsoft untuk menambahkan beberapa fungsi menarik di dalam Windows 8.

Sedikit gambaran dan maklumat mengenai apa yang baru dalam Windows 8;

1. Windows 8 bakal menggunakan Metro UI

Ramai menjangkakan Microsoft bakal menggunakan Metro UI pada antaramuka Windows 8. Metro UI adalah antaramuka generasi baru yang dicipta oleh Microsoft dan ia lebih minimal, kemas dan kelihatan menarik. Metro UI kini digunakan pada Zune HD, Windows Phone 7, Windows Media Center, Windows Live Messenger dll.
internet explorer 9 with metro ui IE9 with Metro UI mockup

2. Fungsi Instant On

windows 8 screenshots[22]Microsoft mahu menjadikan proses boot dan wake up from sleep dalam Windows 8 menjadi sangat laju. Dijangkakan Windows 8 boleh boot ke dalam windows hanya dalam masa 10 saat hingga setengah minit.

3. Facial Recognition

facial recognition windows 8 screenshots
Facial Recognition akan menjadi salah satu cara untuk login ke dalam Windows 8 tanpa perlu menggunakan mana-mana aplikasi pihak ketiga. Ini bermakna anda memerlukan webcam untuk login ke dalam Windows.

4. App Store

windows 8 app store screenshots
Windows 8 bakal mempunyai App Store sendiri iaitu tempat dimana pengguna boleh download perisian untuk PC, laptop, netbook dan slate (tablet). Software developer juga boleh menjadikan platform App Store pada Windows 8 sebagai salah satu cara untuk menjana pendapatan.
Selepas ini, setiap orang boleh download perisian pada satu tempat sahaja tanpa perlu explore seluruh internet untuk mendownload software.

5. Fungsi Sensor

windows 8 sensor screenshots
Windows 8 akan mempunyai fungsi sensor detection, iaitu ambient light sensor dan juga proximity sensor. Contohnya, jika anda bangun dan beredar daripada komputer anda, komputer tersebut akan di-lock untuk menjimatkan bateri.

Saya agak teruja dengan pengumuman mengenai Windows 8 ini. Windows 7 sendiri sudah agak bagus berbanding XP dan Vista, dan saya harap Windows 8 bakal menjadi lebih hebat, canggih dan mesra pengguna.
Tak sabar nak tunggu detail seterusnya mengenai Windows 8. Harap-harap desktop quad-core dan notebook dual core saya mampu menggunakan Windows 8 sebaik mungkin bila dah release nanti. Rasa malas nak upgrade komputer lagi lepas ini sebab dah puas hati dengan kelajuan sekarang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...