Wednesday, September 29, 2010

SPESIFIKASI IPAD

Prosesor

- Apple A4 system-on-a-chip 1GHz

Storage

- 16GB / 32GB / 64GB

- Flash Drive

Memori

- 256 MB DRAM

Display

- 1024 x 768

Skrin

- 9.7 inci xGA (1024×768 piksel)

- teknologi IPS LED – Backlit

- kawalan sentuh multi-sentuhan

Saiz

- 242.8 x 189.7 x 13.4mm

Berat

- 680g (Versi Wi-Fi)

- 730g (Versi Wi-Fi + 3G)

Sistem Operasi

- iOS 3.2 (build 7B367)

Masa penggunaan

- 10 jam secara berterusan

- 30 hari (masa standby)

Lain-lain

- IEEE 802.11a/b/g/n WLAN

- Bluetooth v2.1

- Port earphone 3.5mm

- Speaker terbina dalam

- Dock connector

- 3.5 MODEM /port SIM kad (hanya untuk versi Wi-Fi +3G)


jika ingin melihat list harga ipad atau handphone klik link di bawah ini.

senarai harga handphone baru(ap set),csl, china, secondhand dan ipad.

LAGI INFO IPAD..

Sebelum iPad dilancarkan, komputer panelbiasanya merujuk kepada Tablet PC yang mempunyai keyboard yang boleh digunakan seperti notebook biasa, dan boleh ditukar menjadi panel jika diperlukan. iPad pula telah menghapuskan rekaan keyboard. Steve Jobs memang tahu akan kepentingan keyboard kepada pengguna. Penyingkiran keyboard sebenar dibuat atas keyakinan pada teknologi multi-sentuhan Apple.

iPad menggunakan skrin multi-sentuhan IPS 9.7 inci, muka depan hanya terdapat satu skrin besar dan butang Home di bawahnya. Skrin iPad ditutupi lapisan kaca yang amat kuat dan tahan. Terdapat 2 versi iPad; versi Wi-Fi dan versi Wi-Fi + 3G (diringkaskan sebagai versi 3G). Versi Wi-Fi seberat 680g, manakala versi 3G seberat 720g.

Terdapat sedikit perbezaan dari segi luaran untuk versi Wi-Fi dan versi 3G. Bahagian belakang versi Wi-Fi ditutupi penuh dengan bahan aloi aluminium yang berwarna perak cerah. Versi 3G pula memerlukan rekaan board 3G dan bagi membolehkan pengguna menukar kad SIM, maka bahagian belakangnya terdapat sekeping rak kad SIM berwarna hitam. Inilah perbezaan utama untuk kedua-dua versi iPad.

Tapi, terdapat satu masalah yang sangat meruncing dan jelas ketara bagi iPad ini; iaitu peninggalan kesan cap jari pada skrinnya. Walaupun skrin iPad disaluti lapisan yang kalis minyak dan anti kesan cap jari, namun masih tidak dapat menyelesaikan masalah ini.

Kawalan sentuh multi-sentuhan yang unggul

iPad mewarisi rekaan Apple iPhone yang ringkas dan menyokong multi-sentuhan. Terdapat 1000 titik pengesan yang sensitif pada skrin 9.7 inci tersebut. iPad dilengkapi accelerator yang akan menukar skrin paparan secara automatik jika badannya diputar samada secara melintang atau menegak. Port sambungan iPad adalah sangat terhad. Selain port sambungan dasar di bahagian bawah, hanya terdapat butang Power dan port earphone 3.5mm di bahagian atas. iPad tidak mempunyai port sambungan USB.

Dari segi bateri, ketahanan bateri iPad jauh lebih baik dibandingkan dengan iPhone. Ia menyokong penyiaran video selama 10 – 12 jam dan masa standby selama sebulan! Jika bateri rosak, penukaran bateri hanya boleh dilakukan dengan cara menukar seluruh iPad! Bayaran caj perkhidmatan USD99 (lebih kurang RM320) dan caj penghantaran USD6.95 (lebih kurang RM23) dikenakan dan perlu menunggu selama seminggu. Pengguna jugaperlu membuat salinan data sendiri. Inilah antara kelemahan iPad.

Selain itu, kawalan sentuh bagi iPad adalah cemerlang, maka kebanyakan operasi tidak memerlukan penyambungan tetikus. Untuk pengguna iPhone yang berpengalaman, skrin kawalan sentuh 3.5 inci iPhone boleh melakukan pelbagai operasi seperti copy & paste, download, penghantaran emel, pelayaran laman web dan sebagainya. Pengendalian skrin kawalan sentuh iPad selebar 9.7 inci pula adalah lebih memudahkan.



iTunes diperlukan untuk mengaktifkan iPad

iPad yang baru dibeli tidak dapat digunakan terus tetapi perlu diaktifkan melalui iTunes edisi baru 9.1. iPad mempunyai 4 program aplikasi utama iaitu Safari, Mail, Photos dan iPod. Skrin utama membekalkan pelbagai program aplikasi seperti contact, memo, peta, video, YouTube, iTunes, AppStore, iBooks, iWork dan sebagainya.

Tidak menyokong Flash

Walaupun iPad adalah handal dan berteknologi tinggi, tetapi ia tidak menyokong teknologi Flash dari syarikat Adobe. Steve Jobs menjelaskan bahawa ini adalah masalah Adobe kerana kestabilan dan keselamatan system akan terpengaruh jika Flash tidak dibaiki. Misalnya, teknologi Flash akan mempengaruhi ketahanan bateri iPad. Bateri iPad boleh bertahan selama 10 jam jika tidak menyokong Flash; selepas menyokong Flash, baterinya hanya dapat bertahan selama 2 jam sahaja! Inilah sebab iPad menyingkirkan penyokongan Flash. CEO Adobe pula berkata bahawa iPad tidak menyokong Flash bukan disebabkan pihak Adobe, tetapi ini adalah masalah Apple. Dia juga berkata bahawa Adobe selalu bertungkus lumus menyesuaikan Flash pada pelbagai platform, masalah iPad tidak menyokong Flash tidak berkaitan dengan teknologi mereka.

Ciri-ciri lain

iBooks – dengan iBooks, pengguna boleh melayari iBook Store yang disusun dalam bentuk rak buku. Pilih sebuah buku dan mula membaca. Apabila iPad berada dalam posisi melintang, skrinnnya akan memaparkan kandungan 2 halaman. Semasa membaca, iPad akan melaraskan kecerahan skrin secara automatik melalui alat pengesan cahaya yang terbina dalam. Kecerahan skrin juga boleh dilaraskan secara manual.

Saiz – saiz iPad lebih kecil daripada saiz kertas A4.

Keyboard – keyboard iPad terbina dalam melalui keyboard virtual yang boleh dipaparkan dengan mudah pada bila-bila masa sahaja. Walaupun keyboard virtual ini tiada butang sebenar untuk ditekan, tetapi inputnya adalah mudah. Bagaimanapun, apabila iPad ini diletakkan secara menegak, butang keyboard virtual berkenaan akan menjadi lebih kecil dan susah ditekan.

iPad tidak sempurna, tetapi adalah produk era baru

Kejayaan iPad bukan disebabkan hardware, tetapi disebabkan pemikiran. Steve Jobs tidak menggunakan cara pemikiran pembuatan komputer untuk membuat iPad, maka ia tiada keyboard, tiada port sambungan USB, tidak menggunakan sistem operasi Mac. iPad diposisikan antara iPhone dan MacBook, merupakan hardware yang disokong oleh banyak Apps. Teknologi multi-sentuhan juga adalah antara faktor kejayaan iPad.

Dengan kata lain, melalui sokongan teknologi multi-sentuhan yang sangat mesra pengguna serta sokongan pelbagai program aplikasi, pengintegrasian pelbagai kandungan di internet supaya pengguna dapat menggunakan internet dengan selesa, malah boleh membuat rekaan sendiri jika diperlukan. iPad tidak sempurna, namun ia tetap merupakan satu produk era baru

APA ITU IPAD.

iPad adalah gadget terbaru yang diluncurkan oleh Apple yang fungsi utama adalah sebagai e-Book Reader. Dengan iPad kita bisa leluasa membaca e-book dimanapun dan kapannya. Selain sebagai e-Book reader, iPad juga bisa berfungsi sebagai mana layaknya sebuah tablet pc, kita boleh mendengarkan muzik, tonton film, akses facebook, twitter dan kegiatan surfing di dunia maya.

Lalu apa Kelebihan iPad? Berikut ini adalah beberapa Kelebihan iPad

  • Tampilan yang menarik, dengan layar the 9.7-inch LED, iPad bisa dibawa-bawa kemanapun.
  • Daya tahan bateri yang cukup lama, iPad mampu bertahan selama 10 jam bahkan lebih saat digunakan untuk browsing mahupun kegiatan lainnya
  • Jika kamu senang Facebook, Twiter, Maps, YouTube, iTunes, Mail and Safari maka iPad boleh menjadi sesuatu yang menarik untuk kamu miliki.

Sedangkan berikut ini adalah Beberapa Kekurangan iPad

  • No Real Multi Tasking, yups.. kita tidak bebas menjalankan berbagai aplikasi secara bersamaan, memang sih kita bisa mengakses Facebook sampai dengerin musik tapi jika kamu ingin menjalankan twitter, facebook,skype, maka sebaiknya jalankanlah satu persatu, jangan bersamaan.
  • Belum Support Flash, yups tampilan flash yang indah yang bisa kita lihat laptop atau netbook biasa saat kita mengakses facebook atau blog lainnya, tidak bisa kita nikmati di iPad.
  • Tidak ada kamera, inilah yang menjadi kelemahannya cuba kalau iPad dilengkapi kamera, tentu kita boleh melakukan percakapan di Skype.

Sunday, September 26, 2010

senarai harga memory card....

MEMORY CARD(BARU)

  • MICRO SD 1 GB(RM 25)
  • MICRO SD 2GB(RM 35)
  • MICRO SD 4GB(RM 45)
  • MICRO SD 8GB(RM 75)
  • MINI 1GB(RM 35)
  • MINI 2GB(RM 45)
  • M2 1GB SCANDISK(RM 40)
  • M2 2GB(RM 50)
  • M2 4GB(RM 65)
  • M2 8GB(RM 120)
  • MOBILE 1GB DIGITAL(RM 40)
  • MOBILE 2GB(RM 50)

NOTA : TEMPAHAN MESTILAH MELEBIHI 5 UNIT DAN KE ATAS.

HARGA TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN.

JIKA BERMINAT ATAU ADA PERTANYAAN SILA EMAIL KE
sfoneiddea@gmail.com.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...