|
| ||||||||||||||
|
|
| ||||||||||||||
|
وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ بَلْ أَتَيْنَاهُم بِذِكْرِهِمْ فَهُمْ عَن ذِكْرِهِم مُّعْرِضُونَ
Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan ugama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya;
Surah Al-Mu`minun ayat 71
Dari Abu Mas'ud al-Ansaari, katanya:�Rasulullah s.a.w melarang tentang harga (jual beli) anjing membayar mahar penzina dan membayar tukang tenung.�
Bersumpah
Tarikh:
Mar 05, 2010
Riwayat:
(al-Bukhari)
Kategori:
Akidah
Hadith:
Dari Abdullah r.a, Nabi SAW bersabda:Sesiapa yang bersumpah hendaklah bersumpah dengan nama Allah atau hendaklah diam sahaja.
Huraian Hadith:
1. Ucapan seharian seorang muslim itu hendaklah senantiasa dikembalikan kepada Allah seperti; mengawal pekerjaan yang baik dengan Bismillah (dengan nama Allah); mengakhiri pekerjaan dengan membaca Alhamdulillah (segala puji kepada Allah); berjanji dengan ucapan Insya Allah (jika Allah menghendaki) dan bersumpah dengan hanya menggunakan nama Allah seperti wallahi, wabiIlahi atau watallahi yang bermaksud (demi Allah).
2. Sumpah yang sah ertinya sesuai dengan ketentuan syarak iaitu dengan menyebut nama Allah dan dibuat dalam keadaan sedar. Orang yang melanggar sumpah yang sah, baik secara sengaja atau tidak, wajib menebusnya dengan membayar kifarah yang secara terminologinya (istilah), maksudnya adalah denda yang harus dibayar ketika seseorang melakukan salah satu dari lima perkara berikut iaitu:
i. Membunuh.
ii. Zihar, iaitu menyamakan isteri dengan ibunya.
iii. Bersetubuh di siang hari dalam bulan Ramadhan.
iv. Sengaja berbuka puasa tanpa alasan yang diharuskan syarak.
v. Melanggar sumpah
3. Rasulullah SAW melarang keras perbuatan terlalu banyak bersumpah terutamanya di dalam hal jual beli sebagaimana sabda baginda yang maksudnya:Banyak bersumpah (dalam jual beli) menjadikan barang dagangan laris, namun menghilangkan berkah. (Bukhari dan Muslim).
Copyright © 2009 COMMUNICATION IS YOURS.
Design by Mosafere Karbala | Khademo Shohada Regarding to Shaheed Muhammad Goodarzi
No comments:
Post a Comment