pic di atas ialah screenshot wndows8
Neowin melaporkan bahawa satu dokumen mengenai Windows 8 telah terbocor daripada pengawasan Microsoft. Dokumen itu mengandungi mockup, idea-idea baru serta rancangan Microsoft untuk menambahkan beberapa fungsi menarik di dalam Windows 8.
Sedikit gambaran dan maklumat mengenai apa yang baru dalam Windows 8;
1. Windows 8 bakal menggunakan Metro UI
Ramai menjangkakan Microsoft bakal menggunakan Metro UI pada antaramuka Windows 8. Metro UI adalah antaramuka generasi baru yang dicipta oleh Microsoft dan ia lebih minimal, kemas dan kelihatan menarik. Metro UI kini digunakan pada Zune HD, Windows Phone 7, Windows Media Center, Windows Live Messenger dll.2. Fungsi Instant On
3. Facial Recognition
4. App Store
Windows 8 bakal mempunyai App Store sendiri iaitu tempat dimana pengguna boleh download perisian untuk PC, laptop, netbook dan slate (tablet). Software developer juga boleh menjadikan platform App Store pada Windows 8 sebagai salah satu cara untuk menjana pendapatan.
Selepas ini, setiap orang boleh download perisian pada satu tempat sahaja tanpa perlu explore seluruh internet untuk mendownload software.
5. Fungsi Sensor
Windows 8 akan mempunyai fungsi sensor detection, iaitu ambient light sensor dan juga proximity sensor. Contohnya, jika anda bangun dan beredar daripada komputer anda, komputer tersebut akan di-lock untuk menjimatkan bateri.
Saya agak teruja dengan pengumuman mengenai Windows 8 ini. Windows 7 sendiri sudah agak bagus berbanding XP dan Vista, dan saya harap Windows 8 bakal menjadi lebih hebat, canggih dan mesra pengguna.
Tak sabar nak tunggu detail seterusnya mengenai Windows 8. Harap-harap desktop quad-core dan notebook dual core saya mampu menggunakan Windows 8 sebaik mungkin bila dah release nanti. Rasa malas nak upgrade komputer lagi lepas ini sebab dah puas hati dengan kelajuan sekarang.
No comments:
Post a Comment